Tarikh keramat itu,
Mengikat sebuah janji,
Walau tak pernah bertemu,
Walau tak pernah mengenali.
Kerana yakinkan agamaku,
Kau melangkah datang,
Kerana agamamu,
Janji ini kuserahkan.
Ku tertunduk malu-maluan,
Kau tersipu dalam senyuman,
Dua keluarga duduk berhadapan,
Merancang sebuah penyusuan.
Hari-hari pertunangan melewati,
Bumi kenyalang kau redahi,
Bumi Damsyiq kujejaki,
Memburu ilmu demi reda Illahi.
Terpisah jauh dua hati,
Lautan dan benua merentangi,
Tak ternoda ikatan dek murka Illahi,
Mempertahankan kesuciaan hakiki.
Masa terus memintas kita,
Kau berjuang di dunia kerjaya,
Diriku berjuang di medan Sarjana,
Sama bernaung di ibu kota,
Namun syariat tetap terpelihara.
Ya Allah….
Kuatkan kami bermujahadah,
Mendamba cinta-Mu yang terindah,
Cinta manusia hanyalah wasilah,
Menagih rahmat dan maghfirah.
Ya Allah..
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
Dengan maksiat nan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji..
No comments:
Post a Comment